Nasional

Demi ‘tiada satu lagi 1MDB’, beri peluang pada PH

Oleh Zack Jay

 

SECARA  logik, rakyat diakui amat mengharapkan Pakatan Harapan (PH) melakukan yang terbaik dalam melaksana dan memperjuangkan isu-isu ekonomi dan pembangunan negara.

Sebab itulah sebahagian besar daripada mereka mengundi PH pada 9 Mei 2019.

Namun pada masa yang sama peluang dan ruang harus diberikan kepada kerajaan yang baru memerintah.

Related Articles

Masa setahun tujuh bulan adalah tidak memadai untuk membuktikan komitmen itu kerana beban yang ditinggalkan terlalu banyak dan suasana ekonomi dunia sukar.

Menarik perhatian mengenai hal itu kepada Suara Merdeka, Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin berkata, realitinya ini kali pertama dalam kira-kira 60 tahun rakyat mengubah kerajaan.

“Bagi kerajaan lama, kalau setelah 60 tahun memerintah, mereka masih tidak cekap, tentulah mereka telah lama dibuang rakyat.

“Dan kita (rakyat) mesti lihat kerajaan baharu (PH) ini dalam konteks yang sama. Parti Perikatan yang disusuli oleh Barisan Nasional (BN) pada awalnya pun tidaklah hebat.

“Sebab itulah tercetus gerakan menyingkirkan Tunku (Abdul Rahman Perdana Menteri pertama)

“Hanya bila Tun Abdul Razak Hussain menjadi Perdana Menteri (kedua), barulah nampak perubahan positif
Itu pun selepas 13 tahun merdeka.

“Tentulah kita (PH) tidak boleh tunggu sampai 13 tahun. Tetapi adalah tidak adil dan tidak patut rakyat mengharapkan dalam tidak sampai dua tahun kerajaan (PH) menjadi lebih baik dari BN yang berkuasa selama 60 tahun.

“Yang lebih penting ialah secara kolektif dan konsisten kerajaan PH telah dan sedang melakukan banyak perubahan dalam semua bidang supaya mulai sekarang dan masa depan, tidak kira siapa yang memerintah negara ini, perkara-perkara yang buruk seperti yang berlaku pada zaman terakhir BN tidak akan berulang.

“Pendek kata tiada akan ada satu lagi satu lagi skandal macan 1MDB,” kata beliau dalam sembang santai di Damansara hari ini.

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button