NasionalNegeri

Operasi Khas 7 kenderaan dipandu pemandu warga asing disita JPJ

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah menyita tujuh kenderaan yang dipandu oleh warganegara asing di sepanjang Operasi Khas Pemandu Warga Asing (OPS PeWA) sejak 1 April lalu.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, ia meibatkan tiga motosikal, tiga kereta dan lori.

JPJ melakukan pemeriksaan pada OPS PeWA ke atas pemandu kenderaan asing di Padang Besar.- Gambar Ihsan Sin Chew Daily

Beliau berkata, ia melibatkan enam kes warga Myanmar yang juga pemegang Kad UNHCR dan seorang pemandu warga Pakistan.

“Kesemua mereka dikenakan tindakan saman bagi kesalahan memandu tanpa lesen yang sah dibawah seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan disita dibawah seksyen 64 akta yang sama,” katanya.

Fatimah Mohamed Ali Piah

Fatimah berkata, kesalahan memandu tanpa lesen boleh didenda tidak kurang tiga ratus dan tidak melebihi RM2,000 serta boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Tambah beliau, JPJ turut mengeluarkan notis saman kepada pemilik kenderaan yang membenarkan kenderaan mereka dipandu oleh warganegara asing tanpa lesen memandu.

“Peringatan kepada pemilik kenderaan terutamanya warganegara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan menyewa motosikal dan motokar kepada kepada warga asing,” katanya.

Fatimah menjelaskan, jangan melakukan perkhidmatan tersebut kerana mereka juga akan dikenakan tindakan undang-undang yang lebih tegas.

“Individu ini boleh didakwa mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan boleh didenda sehingga lima ratus ribu ringgit jika disabitkan dengan kesalahan menjalankan perkhidmatan sewa pandu tanpa permit,” katanya. – SM

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button