Sukan
Olimpik: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Wooi Yik mara ke suku akhir
SELEPAS tewas kepada pasangan Indonesia semalam, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit untuk mengesahkan tempat ke suku akhir dalam acara badminton pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
Mereka menewaskan pasangan Kanada, Jason Ho Shue-Nyl Yakura 21-15, 21-13 di Tokyo, sebentar tadi.
Pada perlawanan kedua semalam pasangan negara itu tumpas kepada jaguh Indonesia, Mohamad Ahsan danHendra Setiawan 16-21, 19-21.
Sebelum mereka membuka gelanggang di Olimpik Tokyo dengan cemerlang apabila menumbangkan beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22, 21-15.