Sukan

Olimpik: Pandelela Rinong, Leong Mun Yee sudah lakukan yang terbaik

ATLET terjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee sudah melakukan yang terbaik dalam acara platform 10m segerak pada Olimpik Tokyo 2020.

Pandelela berkata, walaupun menamatkan cabaran di tempat kelapan itu mengecewakan rakyat Malaysia, tetapi mereka sudah melakukan yang terbaik.

“Terima kasih kerana menyokong kami. Kami sudah buat yang terbaik dan mungkin tuah tidak memihak hari ini. Kami akan terus berusaha untuk acara seterusnya,” kata Pandelela.

Kedudukan itu juga menyebabkan Pandelela gagal mengulangi kejayaan di Olimpik Rio pada 2016yang membawa pulang pingat perak melalui acara itu bersama Cheong Jun Hoong.

Namun penerjun asal Sarawak itu masih berpeluang untuk menebus kekecewaan itu apabila dia akan turun beraksi dalam acara 10m platform individu wanita yang akan bermula 4 Ogos ini.

Dalam saingan di Pusat Akuatik Tokyon hari ini, Pandelela dan Mun Yee hanya meraih 277.98 mata.

Pingat emas milik  penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi yang mengumpul 363.78.

Pingat perak pula dimenangi penerjun Amerika Syarikat, Jessica Parratto dan Delaney Schnell manakala gangsa milik pasangan Mexico, Gabriela Agundez dan Alejandra Orozco.

Mun Yee mungkin paling kecewa kerana impiannya untuk meraih pingat pada penampilan kelima dan terakhirnya di Olimpik tidak kesampaian.

Beliau telah tampil sebanyak lima kali di Olimpik bermula di Sydney pada tahun 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.

“Prestasi saya kurang baik pada terjunan ketiga dan keseluruhannya kurang memuaskan. Pada sesi latihan terjunan kami lebih baik.

“Acara saya sudah berakhir dan saya harap rakan lain dapat membuat lebih baik (dengan meraih pingat),” kata Mun Yee.

(Visited 484 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button