pilihanPolitik

Nurul Izzah Anwar akhiri zaman solo, sah jadi isteri Yin Shao Loong!

AHLI Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar selamat diijab kabul pada petang Jumaat (5 Ogos) semalam dengan pilihan hatinya, Yin Shao Loong dalam majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja di ibu negara.

Pengumuman tersebut disampaikan dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Jumaat malam.

Nurul Izzah dan suaminya memaklumkan pernikahan mereka berwalikan ayah pengantin perempuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Kami memohon doa kalian semua… agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” jelas mereka dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu disertakan bersama gambar pasangan pengantin baharu itu yang diapit ayah dan ibu Nurul Izzah, Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Shao Loong merupakan seorang Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Khazanah yang antara tumpuan bidangnya adalah dalam hal dasar industri, perubahan iklim dan teknologi masa depan.

Nurul Izzah pernah mengahwini Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada tahun 2003, bagaimanapun pernikahan mereka berakhir dengan perceraian pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata. – SM

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button