AgamaNasionalNegeri

Raja Muda ketua delegasi Ziarah Mahabbah MAIPs ke Phuket

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengetuai delegasi Program Ziarah Mahabbah bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Wilayah Phuket mulai 5 hingga 7 Ogos.

Baginda selaku Yang DiPertua MAIP menyertai program ini bersama dengan 35 delegasi di samping anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Program pertama bermula dengan pertemuan Baginda dan delegasi dengan masyarakat Islam di Masjid Ban Huailuk, Krabi.

Sempena pertemuan ini Baginda menyampaikan sumbangan MAIPs sebanyak RM5,500 kepada Imam masjid berkenaan, Sawas Pracha.

Selain itu Baginda juga menyerahkan plaka MAIPs sebagai cederamata untuk masjid berkenaan.

Di sepanjang tiga hari pelbagai aturcara diadakan termasuk perasmian Program Ziarah Mahabbah kali ini di masjid Nuruddeen Naeyah, Phuket.

Selain itu diadakan program Jawi bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Juga program bahasa Melayu oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan sekolah agama Phuket Muslim Wittaya School.

Program kayuhan basikal MAIPs Peduli di sekitar Kamala, Phuket, Malam Puisi DBP bersama Alumni Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Perlis Food Promotion. – SM

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button