Hiburan

Nostalgia menonton Konsert Ronan Keating di Arena Of Stars

TEMPOH 24 jam berlalu namun bagi hampir 5,000 peminat yang menyaksikan Konsert Ronan Keating di Arena Of Stars, Resort World Genting malam tadi pasti masih berbuai-buai dengan persembahan Keating.

Memulakan persembahan sekitar jam 8.45 malam dengan diiringi empat pemuzik dan seorang penyanyi latar wanita, Keating ternyata mempunyai aura pentas yang amat kuat.

Kemunculan penyanyi yang pernah mencipta nama yang gah bersama kumpulan Boyzone pada tahun 1994 ketika di usia 16 tahun, vokal Keating yang mendendangkan 20 buah lagu dalam tempoh satu jam 20 minit umpama mendengar cakera padat atau CD.

Saling tak tumpah, tidak lari langsung vokal Keating malam tadi jika mendengar CD Ronan Keating dan Boyzone.

Tidak perlu berceloteh yang bukan-bukan, Keating yang baharu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada sebelah siangnya, terus dibawa ke Genting Highlands untuk menjayakan konsert yang dinanti-nantikan oleh peminat tegar Boyzone dan Keating.

Lagu-lagu yang menjadi repertoire malam tadi membawa kenangan dan nostalgia di dalam hati setiap penonton yang memenuhi Arena Of Stars.

Berpakaian kemas, bukan vokal Keating yang memukau, raut wajahnya tetap tampan dan tidak hairanlah dalam usia 47 tahun, beliau masih segak dan bertenaga sepanjang satu jam 20 minit beraksi di atas pentas.

AURA pentas Ronan Keating sungguh kuat dan memukau hampir 5,000 peminat yang menyaksikan konsertnya di Arena Of Stars dibawakan oleh MIC ENTERTAINMENT GROUP, malam tadi.

Sebuah konsert yang short and sweet, Keating yang pernah datang ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan album solonya selepas memulakan karier bukan bersama Boyzone pada tahun 1999.

Moment itu, kata Keating, tidak pernah dilupakannya dan beliau sentiasa mahu kembali mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dalam menghiburkan para peminatnya, Keating sempat berbicara tentang kehilangan salah seorang anggota Boyzone, Stephen yang telah meninggal dunia.

Selepas ketiadaan Stephen, kata Keating, tiada lagi Boyzone.

RONAN Keating mahu kembali beraksi di Kuala Lumpur pada masa akan datang. -GAMBAR MIC ENTERTAINMENT GROUP

“Boyzone sudah tidak wujud lagi tetapi Boyzone sentiasa bersemadi di dalam hati saya. Boyzone hidup dalam hati dan jiwa saya,” kata Keating.

Menghiburkan peminat dengan persembahan yang dinamik, selain daripada membawa lagu-lagu Boyzone yang pernah menjadi siualan anak-anak muda pada era tersebut, Keating turut mendendangkan lagu dari filem Notting Hill, Nothing At All.

Terbuai dengan susunan muzik yang dibawakan malam tadi, Nothing At All dinyanyikan bersama-sama para peminat Keating.

Seketika bergema Arena Of Stars dengan suara-suara peminat yang turut sama menyanyi walaupun ada yang hentam keromo lirik kerana tidak mengingati lirik sepenuhnya.

Lagu berentak balada dan perlahan, No Matter What, turut masuk dalam senarai 20 buah lagu yang didendangkan oleh Keating.

Lagu pembuka tirai konsert, Keating menyampaikan HeyDay, Loving Each Day, diikuti dengan Breathe.

Lain-lain lagu ialah Isn’t It A Wonder, Baby Can I Hold You, Words, The Way You Make Me dan lagu killer, If Tomorrow.

Puas dapat menonton Konsert Ronan Keating yang dianjurkan oleh MIC Entertainment Group, pasti 4,700 penonton yang hadir, mahu MIC Entertainment bawa Ronan Keating lagi untuk persembahan di Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Kata Keating dalam Bahasa Melayu, TERIMA KASIH MALAYSIA. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button