Hiburan

Noorkhiriah sedih lihat artis wanita BBNU sanggup buka tudung

Pelakon, Noorkhiriah menzahirkan rasa sedih apabila melihat semakin ramai artis wanita yang terdiri daripada golongan budak baru nak up (BBNU) dari pakai tudung, selamba buka tudung.

Kata Noorkhiriah, memang bukan tugasnya untuk menilai namun perbuatan menanggalkan tudung dan tayangkan aurat adalah berdosa di sisi agama Islam yang suci.

“Assalamualaikum.. Bukan tugas akak untuk menilai. Akak pun jahil lagi cuma itulah di zaman medsos ini, semua
berlumba nak cantik.

“Nak jadi macam yang itu yang ini. Sebolehnya hati kena kental, dik. Kalau tak, kita takkan bersyukur dengan apa ada.

“Sedih juga sebenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing. Akak cuma doa dan
berharap semoga umur yang tua ini tak diduga sebegitu.

“Cuma pesan akak, bila dah puas kepokzan cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah pernah dapat dulu.

“Sebab tak semua Allah campakkan. Maaf andai tulisan akak mengguris tapi akak sebagai saudara seislam, itu tanggungjawab akak supaya bila ditanya Allah nanti, sekurangnya Allah tahu akak dah pesan kat sini,” katanya.

Sementara itu, Sheila Rusli juga tampil menyokong usaha Noorkhiriah itu.

“Berpesan-pesanlah pada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik. Kita masing-masing sedang diuji. Cuma ujian itu berbeza-beza.

“Ingatan tulus dari akak buat semua saudara seIslam, termasuk diri akak sendiri,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button