Uncategorized

NKMH kongsi rezeki bersama gelandagan

BAGI raikan gelandagan di sekitar Chow Kit, NKMH media dan Pertubuhan Ad Deen mengambil kesempatan mengedar pek makanan kepada gelandagan di Warung Makanan Sahabat.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berlangsung semalam mendapat sambutan seramai 300 dari gelandagan dan golongan yang kurang bernasib baik.


Menurut Pengarah Operasi NKMH Media Sdn Bhd, Muhammad Hafiz Che Yahaya, program CSR ini diadakan setiap tahun dengan menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai.


“Ini merupakan tahun ke tujuh program CSR NKMH Media dijalankan dan pada tahun ini kami memberi fokus kepada rakan jalanan. Kami bekerjasama dengan Pertubuhan Ad Deen untuk kempen mengumpul dana dan sumbangkan kepada rakan jalanan di Chow Kit. Alhamdulillah hari ini sebanyak 300 pek berjaya disumbangkan.

 

“Rakan jalanan di sini terdiri daripada pelbagai latar belakang, mereka bukan gelandangan yang homeless namun miskin bandar. Ada yang bekerja dan mempunyai tempat tinggal namun tidak mempunyai duit yang cukup untuk makan. Namun tidak dinafikan ada yang miskin tegar dan tidak mempunyai tempat tinggal.

“Kami berharap agar usaha ini dapat membuka pihak luar untuk sama-sama membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Setiausaha Pertubuhan Ad Deen, Ustaz Khairul Sani berkata kerjasama yang terjalin bersama NKMH Media bukan hanya bersasar di Lembah Klang, sebaliknya pihak mereka sedang dalam merangka beberapa program bantuan di Semporna Sabah.

“Untuk tahun ini, kami telah merancang beberapa kempen antaranya Wakaf Kain Kafan dan Wakaf Van Jenazah. Mekanisme sumbangan juga melalui kutipan orang ramai.

“Lawatan kami ke Pulau Sebangkat dan Pulau Maiga di Semporna pada awal Ramadan lalu memperlihatkan bagaimana daifnya kehidupan penduduk di sana tanpa air bersih dan elektrik. Dan saya melihat isu kematian sebagai antara yang agar sukar untuk diuruskan kerana jenazah akan diletakkan di dalam sampan dan kemudiannya di bawa berdayung sehingga ke tanah besar. Dan ini merupakan inisiatif kami untuk memudahkan mereka menguruskan kematian dengan adanya kelengkapan set jenazah seandainya berlaku kematian pada masa akan datang,” katanya.

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button