Neymar bantu PSG atasi badi pusingan 16
PARIS Saint-Germain menewaskan Borussi Dortmund 2-0 untuk melepasi badi pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Juara Perancis itu mara ke suku akhir dengan agregat 3-2. Pasa pusingan pertama mereka tewas 1-2.
Perlawanan itu berlangsung tanpa penonton ekoran kekhuatiran terhadap wabak coronavirus, dengan penyokong PSG hanya berkumpul di luar stadium.
Neymar dan Juan Bernat menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk mengatasi defisit 2-1 pada pusingan pertama, dan seterusnya membawa juara Perancis itu ke suku akhir buat kali pertama sejak 2016.
Dortmund pula terpaksa menghabiskan perlawanan dengan 10 pemain apabila Emre Can dibuat padang kerana kekasaran terhadap Neymar.
Keputusan itu seperti menamatkan badi dan menghapuskan derita PSG untuk melepasi pusingan 16. Selama dua tahun mereka tersingkir pada pusingan ini.
Pada 2017 mereka membiarkan kelebihan 4-0 terlepas begitu sahaja apabila tewas dengan agregat 6-5 kepada Barcelona, dan tewas kepada Manchester United 12 bulan dengan gol tempat lawan selepas mendahuli agregat 2-10.
Kira-kira 3,000 penyokong berkumpul di luar Parc des Princes sebelum sepak mula dibenarkan oleh pihak berkuasa – ini ekoran larangan berkumpul melebihi 1,000 untuk mengawal wabak coronavirus yang kini sudah membunuh 48 orang di Perancis. – SM