Bola SepakSukan

PSG Juara Liga Perancis tewaskan Lyon dengan sepak penalti

Paris Saint-Germain mengalahkan Lyon di final Piala Liga Perancis di Stade de France pada Sabtu.

Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol hingga memasuki waktu tambahan hingga terpaksa dibawa ke babak sepak penalti.

Pada babak sepak penalti enam pemain PSG menuntaskan tugas mereka dengan Pablo Sarabia menjadi penjaring penalti kemenangan bagi PSG.

Sementara Bertrand Traore gagal menjaringkan gol di giliran keenam. Dengan itu, mimpi Lyon untuk layak ke Liga Eropa musim depan terkandas kerana berada tangga ketujuh liga.

Secara statistik, PSG mendominasi penguasaan bola sepanjang pertandingan. Neymar sempat menembak tendangan jarak jauh di minit kelima permainan dimulakan, tetapi diselamatkan penjaga gol Lyon,  Anthony Lopes.

Selang tiga minit Neymar sekali lagi mempunyai peluang untuk mencetak gol, tetapi sekali lagi digagalkan oleh Lopes.

Merasa tertekan, Lyon melakukan serangan balasan melalui tiga peluang di 15 minit pertama hasil gerakan Memphis Depay di minit ke-12, Bruno Guimaraes di minit ke-13, dan Houssem Aourar di minit ke-15. Ketiga-tiga gerakan itu masih belum memberikan hasil bagi Lyon.

Sepanjang pertandingan itu, PSG enam kali melepaskan rembatan ke gawang Lyon. Sementara Lyon memiliki empat peluang menerobos gawang PSG.

Kemenangan PSG kali ini hanya berselang seminggu setelah mereka mengalahkan Saint-Etienne 1-0 di final Piala Perancis.

PSG kian memantapkan dominasi di Perancis setelah mengondol gelaran Liga Perancis dan Piala Perancis.

Susunan pemain:

Paris Saint-Germain (4-3-3): Keylor Navas; Layvin Kurzawa (Thilo Kehrer), Thiago Silva (Leandro Paredes), Presnel Kimpembe, Mitchel Bakker; Idrissa Gueye (Ander Herrera), Marquinhos, Marco Verratti; Angel Di Maria, Mauro Icardi (Pablo Sarabia), Neymar
Jurulatih: Thomas Tuchel

Olympique Lyon (3-1-4-2): Anthony Lopes; Jason Denayer, Marcelo (Joachim Andersen), Fernando Marcal; Bruno Guimaraes (Thiago Mendes); Leo Dubois (Rafael), Maxence Caqueret, Houssem Aouar, Maxwell Cornet; Moussa Dembele (Bertrand Traore), Memphis Depay (Karl Toko Ekambi)
Jurulatih: Rudi Garcia

(Visited 543 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button