Sukan

PSG menang Piala Perancis dalam emosi kerisauan

PENYERANG pasukan Paris Saint-German (PSG), Neymar membantu pasukannya menjulang Piala Perancis selepas menjaring gol tunggal pada perlawanan menentang Saint-Etienne semalam.

Bagimanapun, jurulatih PSG, Thomas Tuchel terpaksa menanti dengan sabar selepas seorang pemain penting pasukannya, Kylian Mbappe cedera dalam perlawanan tersebut.

Jika kecederaan Mbappe berterusan, perkara itu mungkin akan mengganggu perlawanan suku akhir Liga Juara pada bulan hadapan menentang Atalanta.

“Saya sememangnya risau dan semua yang melihat bagaimana Mbappe dikasari juga menyatakan perasaan yang sama.

BACA> Rayhan Kabir diusir selama-lamanya dari Malaysia

“Kemenangan PSG ini memang membuatkan saya gembira tetapi kita perlu bersabar untuk menunggu keputusan kesihatan Mbappe dulu,” kata Tuchel seperti dilaporkan Yahoo! Sports.

PSG akhirnya berjaya menempah satu daripada tiga trofi yang berpotensi untuk mereka menang manakala final Piala Liga berdepan Lyon akan berlangsung Jumaat depan sebelum menyambung kempen Eropah di Portugal.

“Perkara itu memang agak sukar untuk kami tetapi itulah yang paling menyeronokkan,” ujar Tuchel.

Perlawanan akhir di Stade de France adalah perlawanan rasmi pertama dalam kalangan negara utama bola sepak Eropah yang membenarkan kehadiran penonton.

BACA> Gading Kencana labur RM150 juta bina ladang solar ke-2 di Perak

Namun, kehadiran penonton itu dikawal dengan rapi dengan hanya 2,805 penonton termasuk kehadiran Presiden Perancis, Emmanuel Macron daripada jumlah sebenar stadium yang boleh memuatkan 80,000 orang penonton. -SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button