Luar Negara

Nenek kahwin lembu selepas dicium, masuk rumah

SEBUAH video telah tersebar yang menunjukkan seorang wanita Kemboja hidup dalam ‘kebahagian rumah tangga’ dengan seekor lembu, dipercayai merupakan penjelmaan semula suaminya yang telah mati.

Khim Hang, 74, tinggal di wilayah timur laut Kratie, Kemboja, mengakui memutuskan untuk berkahwin dengan lembu itu selepas lembu itu menciumnya dan mengikutnya masuk ke dalam rumah.

Khim Hang juga merasakan lembu itu mempunyai perwatakan yang sama dengan suaminya yang telah meninggal dunia.

Upacara perkahwinan pelik itu tidak ditayangkan dalam video tersebut tetapi penduduk kampung yang hadir mendakwa perkahwinan itu telah dijalankan.

Menurut laporan The Sun, Hang membawa lembu itu masuk ke dalam rumah, memandikannya dan menyediakan tempat tidur yang selesa dengan tilam dan bantal.

Tilam itu sama seperti yang digunakan oleh mendiang suaminya, Tol Khut, yang telah meninggal dunia tahun lalu.

Isteri yang bersedih itu mengatakan roh suami datang kepadanya apabila lembu itu menjilat rambut dan leher, kemudian menciumnya.

Lembu itu turut mengekorinya masuk ke dalam rumah, yang membuatkan dia cukup yakin bahawa mendiang suaminya telah dilahirkan semula.

“Saya percaya lembu itu adalah suami saya kerana apa sahaja yang dia lakukan betul-betul sama seperti suami saya pernah lakukan semasa dia masih hidup,” kata Hang kepada Reuters.

Dalam pada itu, anak lelaki Hang juga mempercayai dakwaan ibunya dan sentiasa mengawasi lembu itu supaya tidak berkeliaran jauh dari rumah mereka.

Menurutnya, dia juga dapat merasakan ‘semangat bapanya’ dalam haiwan itu.

Hang mengarahkan anak-anaknya menjaga ‘bapa’ mereka sehingga haiwan itu mati malah turut menegaskan pengebumian perlu sama dengan manusia jika lembu itu mati. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button