Nasional

Negara rugi RM63 bilion dalam tempoh PKP

NEGARA mengalami kerugian ekonomi sebanyak RM63 bilion sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu.

Ini membabitkan kerugiaan kira-kira RM2.4 bilion sehari ekoran sebahagian besar aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Jika PKP ini dilanjutkan sebulan lagi negara akan mencatatkan kerugian sekitar RM35 bilion lagi yang akan menjadikan kerugian keseluruhan RM98 bilion

“Saya hendak sebutkan di sini bahawa negara kita rugi sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Jumlah kerugian  setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion. Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara kita akan kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion,” kata Tan Sru Muhyiddin Yassin dalam perutusannya sempena Hari Pekerja sebentar tadi.

MUHYIDDIN YASSIN

Dalam perutusan khas itu Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi semula mulai 4 Mei ini.

Muhyiddin berkata, walaupun ramai yang bimbang jika PKP ditamatkan kemungkinan boleh menyebabkan penularan Covid-19 kembali serius, namun usaha perlu dilakuka bagi mengimbangi antara keperluan memulihkan ekonomi negara dan membendung wabak.

“Virus ini masih ada di luar sana. Walaupun jumlah kes-kes baharu COVID 19 semakin berkurangan, risiko peningkatan kadar jangkitan tetap ada.

“Ramai yang akan keluar bekerja dan bergerak ke sana ke sini, ke sana ke sini. Dengan itu, adakah ini bermakna wabak COVID 19 akan menular semula.

“Jadi saya sedar, saudara-saudari bimbang. Saya pun bimbang juga. Dan memang telah pun berlaku di beberapa buah negara lain, apabila ‘lockdown’ dihentikan, jumlah kes-kes positif COVID 19 meningkat semula dengan mendadak. Ini mesti kita elakkan.

“Jadi, saya telah berbincang secara panjang lebar mengenai perkara ini dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, sidang Majlis Keselamatan Negara dan Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Kita mesti cari jalan untuk mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data-data yang dikumpul dan amalan terbaik yang ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula
sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP kesihatan yang ketat,” katanya. – SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button