Luar Negarapilihan

Negara Anggota PBB harus wujudkan Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa

Malaysia menggesa Negara-Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon, Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa berupaya membina sistem lebih efektif, adil serta mampu mengimbangi keperluan pembangunan sejagat.

Kerajaan berpendapat, dalam dunia yang saling terkait, dasar dan keputusan sesetengah negara mampu memberi kesan kepada negara lain.

“Misalnya, dalam mendepani cengkaman inflasi yang melanda dunia, dasar monetari dan penetapan kadar faedah oleh sesebuah negara turut memberi impak kepada negara-negara lain.

“Di sinilah kerjasama dan penyelarasan antara negara perlu dipertingkatkan, bagi mencapai matlamat kesejahteraan ekonomi yang lebih adil untuk semua,” katanya.


Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-77 yang dianjurkan di New York.

Mengulas lanjut mengenai Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa, Kerajaan melihat struktur kewangan dan monetari antarabangsa yang masih didominasi oleh beberapa kuasa besar.

“Dalam keadaan pemulihan ekonomi dunia, keputusan dasar monetari domestik perlu diselaraskan dengan mengambil kira realiti serta keperluan negara-negara membangun,” ujar Perdana Menteri.

(Visited 14 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button