Berita

Negara akan lumpuh jika PKPD di Lembah Klang

KERAJAAN semakin kehabisan pilihan untuk melandaikan keluk pandemik Covid-19 yang kekal pada angka lebih 800 kes.

Penularan wabak itu di Lembah Klang masih tidak dapat dikawal, bahkan terus merebak dengan cepat.

Kini kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan menyebabkan hampir sekitar 8 juta penduduk tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana.

Sektor ekonomi akan lumpuh sepenuhnya, tiada yang akan dibenarkan atau menghampiri perintah berkurung sebenarnya.

Jika Lembah Klang ditutup sepenuhnya semua aktiviti akan terhenti dan ia akan melumpuhkan semua urusan, pastinya bukan sahaja menjejaskan Lembah Klang, tetapi seluruh negara.

Oleh itu kerajaan perlu teliti sebelum memutuskan untuk melaksanakan PKPD.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sahaja telah merencatkan aktiviti ekonomi kerana sukarnya untuk melaksanakan urusan dan ditambah kebimbangan orang ramai untuk keluar.

Bagaimanapun jika itu pilihan yang terpaksa dibuat, kita terpaksa terima. -SM

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button