HiburanUncategorized

Neelofa nafikan bakal berkahwin pada bulan Mac

PENGACARA, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa menafikan dia akan bergelar seorang isteri pada bulan Mac depan.

Menurut Neelofa, ramai yang bersetuju dengan menyatakan bahawa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berkahwin.

“Berkenaan dengan perkara itu, saya akan berkongsi kepada semua pihak apabila masanya sudah tiba nanti,” katanya.

Sebelum ini, timbul desas desus yang mengatakan bahawa Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail akan berkahwin pada bulan Mac.

Dalam pada itu, Neelofa turut memberitahu yang hubungannya bersama dengan PU Riz sudah kembali pulih.

Menurut Neelofa, dalam mana-mana perhubungan sekalipun mesi ada naik turun dan berlakunya salah faham.

“Apa yang berlaku sebelum ini lebih kepada salah faham dan cerita-cerita yang tidak berasas.

“Tetapi semuanya sudah kembali pulih dan apa yang kami boleh katakan hubungan sekarang menjadi lebih baik dan positif,” katanya.

Jelas Neelofa lagi, kedua-dua keluarga juga memainkan peranan penting dalam mengatasi apa yang berlaku sebelum ini.

Malah, wanita dengan penampilan berpurdah itu turut memberitahu yang hubungan PU Riz bersama dengan adik-beradiknya juga semakin pulih.

“Memang kami beri masa untuk semua orang faham dan terima ketika perbincangan dibuat dan ia telah membuahkan hasil yang positif,” jelasnya.

Dalam pada itu, Neelofa juga menafikan mengenai dakwaan yang dia akan mempercepatkan tarikh perkahwinannya, berbanding pada bulan Mac ini seperti yang diperkatakan.

Jelasnya, dalam keadaan sekarang ini mungkin ia masih belum masa yang sesuai setelah bertanyakan pandangan beberapa pihak.

“Berkenaan dengan perkara itu, saya akan berkongsi kepada semua pihak apabila masanya sudah tiba nanti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button