Ekonomi

NAZRAI gah dengan aksesori Hijabpin dan Lapel pins

SEJAK kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu dan bersambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), usahawan kecil dan sederhana yang menjalankan perniagaan secara dalam talian merasai keperitan ekoran kesan terhadap jualan.

Anggaran penurunan jualan 60 peratus sebenarnya memberi kesan yang besar ke atas setiap usahawan namun apakan daya, kehidupan dan perniagaan harus diteruskan.

Berbekalkan kecekalan, perniagaan hijabpin di bawah label NAZRAI Hijab & Lapel Pins yang diusahakan oleh pasangan suami-isteri, Zuraidah Mohd. Norani dan Ahmad Nazli Zulkifli terus beroperasi seperti biasa.

Berkongsi minat yang sama, pasangan sebaya berusia 49 tahun ini mengembangkan perniagaan hijabpin mereka menerusi platform media sosial iaitu Facebook dan Instagram.

Sambutan yang diperoleh terhadap rekaan-rekaan hijabpin NAZRAI amat menggalakan.

Bukan sahaja kalangan pelanggan golongan marhaen memakai hijabpin NAZRAI tetapi dalam kalangan artis tanah air, turut menggunakan hijabpin.

Antara golongan artis yang menggunakan hijabpin NAZRAI ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dan Aishah.

Aishah atau Wan Aishah Wan Arifin sendiri pernah berkata, beliau amat suka dengan design hijabpin NAZRAI dan sesuai apabila disisipkan di sulam ke hijab atau tudung serta ada kalanya, menjadi fesyen pada bahu kiri atau kanan pemakai.

Soal harga hijabpin NAZRAI, semestinya mampu beli kerana harga julat setiap hijabpin ditetapkan antara RM70 sehingga RM160 sahaja.

“Hijabpin ini memang sesuai untuk dipakai oleh kalangan wanita yang bertudung kerana pin atau jarumnya memang tajam dan tidak merosakkan material tudung.

“Oleh sebab itulah, hijabpin keluaran NAZRAI berjaya mendapat tempat di hati pelanggan,” kata Ahmad Nazli membuka bicara.

Ahmad Nazli berkata, dalam menjalankan sesuatu perniagaan, kualiti produk yang dihasilkan amat penting dan tidak boleh dikompromi.

Itulah yang membezakan hijabpin NAZRAI dengan pin-pin tudung yang dihasilkan oleh usahawan lain.

Pelbagai rekaan dihasilkan dan sesuai digayakan oleh pemakai.

Dari rekaan bermotifkan flora dan fauna, hidupan laut turut menjadi motif rekaan hijabpin.

“Kalau golongan wanita dapat berjaya dengan hijabpin di tudung mereka, kaum lelaki tidak perlu rasa ketinggalan dalam berfesyen.

“Ini kerana NAZRAI turut menghasilkan lapel pins untuk digayakan oleh golongan Adam,” ujarnya.

Lapel pins boleh diselitkan di kemeja, tali leher dan disongkok.

Ia bertindak sebagai aksesori tetapi tegas Ahmad Nazli, lapel pins yang dihasilkan tidak mengurangkan rasa kejantanan pemakai.

“Tidak salah kalau kaum lelaki juga mahu bergaya dan berfesyen. Lapel pins yang jarumnya tajam dan tidak merosakkan material baju apabila kita mencucuk lapel pin ini, sangat trendy,” katanya.

Aksesori NAZRAI tidak hanya tertumpu kepada dua produk sahaja iaitu hijabpin dan lapel pins. Butang baju Melayu juga menjadi sebahagain daripada aksesori NAZRAI.

Antara koleksi butang baju Melayu bermotif klasik dan modern manakala corak dan susunan batu jenis zircon, kata Ahmad Nazli, menampak lagi keanggunan individu yang memakainya.

“Kilauan batu dari jenis Zirconian adalah pilihan utama NAZRAI.

“Testimoni dari pelanggan atau maklumbalas daripada pelanggan yang kami terima, sangat menggalakkan dan itulah yang menjadi pemangkin utama bagi produk aksesori NAZRAI untuk terus maju,” katanya.

Ketahanan hijabpin atau lapel pin yang dihasilkan bukan untuk jangka pendek.

Kata Ahmad Nazli, cuba bayangkan pin yang dibeli lima tahun lepas, masih elok keadaannya dan boleh dipakai.

“Kita ada teknik untuk menjaga hijabpin dan teknik penjagaan itu dikongsi dengan pelanggan NAZRAI,” ujarnya.

Sebagai usahawan, Ahmad Nazli dan isteri mempunyai wawasan untuk memajukan NAZRAI.

Bagi tahun 2020 ini, NAZRAI tampil dengan koleksi terbaharu hijabpin yang bermotif juntai dan panjang.

“Ini koleksi terbaharu NAZRAI dan ia menjadi trend masa kini dalam kalangan pelanggan kami,” katanya.

Ligat berfikir tentang masa hadapan NAZRAI, Ahmad Nazli berkata:

“Masa depan NAZRAI, kami berharap untuk meluaskan pasaran ke Timur Tengah.

“Pasaran ke negara-negara Arab yang fokusnya lebih kepada pembelian secara online.

“Harapan kami juga agar suatu hari nanti jenama NAZRAI setanding dengan nama-nama produk besar aksesori seperti Pandora,” katanya sambil menambah, untuk menjamu mata, login ke Instagram @nazrai_hijabpin. – SM

(Visited 628 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button