Nasional

Kes baru Covid-19 libatkan 91 warga asing, 2 tempatan

KES baru Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 93 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam. Sehingga pukul 12 tengah hari tadi 91 warga asing dikesan dijangkiti virus tersebut dan 2 lagi kes melibatkan warga tempatan. Kesemua kes melibatkan penularan tempatan dan tiada kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah daripada 91 kes melibatkan warga asing itu 55 kes dikesan dari kluster Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan 36 kes lagi melibatkan kluster di Pedas, Negeri Sembilan. melaporkan 55 kes baharu

Sementara iutu seramai 61 orang telah sembuh daripada jangkitan virus Covid-19 dan tiada kematian direkodkan dengan jumlah kematian kekal 115 orang.

Ketika ini 1,324 orang masih dirawat dihospital dengan 6 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi dan 2 daripada mereka memerlukan alat pernafasan.-SM

 

 

Tags
Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button
Close
Close