Ekonomi

NAZA tamatkan operasi perniagaan bersama Ferrari

KUMPULAN NAZA mengumumkan akan mengakhiri hubungan perniagaan dengan sebuah jenama kereta mewah, Ferrari S.p.A.

Menurut NAZA Automotive Group, keputusan tersebut diambil kerana tiada lagi keserasian dalam strategi perniagaan NAZA berbanding kehendak perniagaan Ferrari.

“Keputusan ini tepat pada waktunya dan membuka ruang untuk NAZA memberi tumpuan kepada jenama lain di bawah bisnes automotive.

“Langkah ini bakal membolehkan NAZA memperuntukkan sumber perniagaan kepada jenama lain yang telah dikenalpasti dalam strategi bisnes automotif NAZA,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, NAZA akan terus beri sokongan kepada Ferrari untuk memudahkan segala proses peralihan menjelang April nanti.

“Oleh itu NAZA mengucapkan terima kasih dan setinggi perhargaan kepada Ferrari atas hubungan perniagaan setelah sekian lama,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button