fbpx
Ekonomi

Naza lancar Ferrari 812 GTS, Ferrari F8 Spider

Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi jenama Ferrari di Malaysia, melancarkan Ferrari 812 GTS dan Ferrari F8 Spider di Malaysia, menandakan kemunculan pertamanya di Asia Tenggara.

Pelancaran 812 GTS melambangkan kemunculan semula model yang telah memainkan peranan penting dalam sejarah pembuatan kereta sejak penubuhan syarikat itu. Pengeluaran model versi convertible Ferrari yang paling berkuasa dalam pasaran itu mencecah usia 50 tahun yang bermula dengan pelancaran jenis Spider hingga kepada model ‘front-mounted V12’.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata 812 GTS memberi nafas baharu dalam rangkaiannya, sebagai yang pertama dalam tempoh lima dekad.

“Versi bumbung terbuka yang mengagumkan bagi 812 Superfast, ia jelas mendukung legasi terdahulunya,” katanya.

Model 812 GTS itu boleh didapati daripada harga asas RM1.538 juta sebelum duti, pilihan yang disesuaikan, cukai dan insurans.


Mengenai pelancaran Ferrari F8 Spider, Nik Hamdam berkata ia menyokong kumpulan supercar ‘drop-top’ jenama itu dan menyertai Prancing Horses Ferrari Malaysia yang mengagumkan.

“Model dengan enjin V8 yang memenangi anugerah jenama itu pada terasnya, F8 Spider memasuki Malaysia, bersedia untuk memacu pasaran tempatan,” katanya.

F8 Spider diperkenalkan pada harga asas RM1.178 juta sebelum duti, pilihan yang disesuaikan, cukai dan insurans. – BERNAMA

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button