Nasional

Menteri Dalam Negeri ada kuasa – Anwar

MENTERI  Dalam Negeri ada kuasa membuat keputusan berhubung usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertanding mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Oleh itu seharusnya tidak timbul isu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengatasi kuasa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pertikaian berhubung keputusan RoS dan kenyataan Saifuddin berhubung usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertanding, tidak berbangkit.

“Ia dalam peruntukan undang-undang. Ada kuasa RoS yang kemukakan kepada menteri. Ada kuasa menteri. Biar menteri jelaskan dan menteri sudah jelaskan.

“Saya dalam kerja saya di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan, ada kalanya saya ‘override’ (mengatasi) keputusan pegawai.

“Umpamanya dahulu ada pegawai diarah beri kontrak ikut rundingan terus. Saya ‘override’, kerana saya fikir lebih baik kita gunakan proses tender supaya lebih telus,” katanya hari ini.

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button