Naya Rivera sah ditemukan lemas
UCAPAN takziah membanjiri laman sosial selepas pelakon drama Glee, Naya Rivera disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemukan semalam.
Rivera, 33 dilaporkan hilang seminggu yang lalu selepas pergi ke Tasik Piru, Ventura County bersama anak lelakinya, Josey.
Kehilangan Rivera hanya disedari selepas anaknya yang berusia 4 tahun ditemukan terapung seorang diri di atas bot yang disewa.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan sejak 8 Julai lalu sebelum mayat Rivera ditemukan lewat petang semalam.
Kematian itu juga telah disahkan oleh polis tempatan yang memberitahu bahawa Rivera dipercayai lemas akibat kepenatan.
BACA> Remaja 15 tahun maut akibat wabak bubonik
“Kita percaya bahawa arus ditasik itu agak kuat pada hari kejadian dan Rivera telah cuba menyelamatkan anaknya daripada hanyut.
“Tetapi, mendiang berkemungkinan berada dalam keadaan penat sebelum tenggelam dan lemas di dalam air,” kata jurucakap polis tempatan.
Susulan laporan tersebut, banyak ucapan takziah diucapkan terutamanya melibatkan para pelakon dalam drama Glee.
Antara yang tampil memberi ucapan ialah rakan pelakon iaitu Jane Lynch, Josh Sussman, Max George dan bekas penulis serta producer Glee, Micheal Hitchcock.
Malah, Fox TV yang menerbitkan drama Glee juga memuat naik satu rakaman belasungkawa khusus buat Rivera.
BACA> Isteri John Travolta meninggal dunia
Penyiar televisyen itu berkata, kehilangan Rivera adalah satu kerugian besar buat industri seni.
“Kami amat berterima kasih dengan sumbangan besar Rivera sepanjang berlakon dalam drama Glee daripada episod pertama hingga terakhir,” jelasnya. -SM