Hiburan

6 tahun berkahwin, Kelly Clarkson akhirnya pilih bercerai

PENYANYI, Kelly Clarkson menganggap penceraian menjadi perkara yang paling tidak pernah diduga akan terjadi dalam rumah tangganya.

Clarkson dan suaminya, Brandon Blackstock berkahwin pada 2013 akhrnya memilih untuk berpisah baru-baru ini.

Menurut wanita itu, hal penceraian ini sudah mula diungkit sejak Jun yang lalu dan penyanyi lagu Since You’ve Been Gone itu menganggapa bahawa keputusan itu bukan sesuatu yang mudah.

“Penceraian ini sesuatu yang sukar kerana ianya tidak melibatkan hati saya sahaja. Banyak lagi individu lain yang akan terkesan,” katanya seperti dilaporkan DailyMail.

Sepanjang berkahwin, pasangan ini dikurniakan dua orang iaitu River Rose, 6 tahun dan Remington Alexander, 4 tahun.

Clarkson juga menjadi ibu tiri kepada dua lagi anak hasil perkahwinan Blackstock sebelum ini iaitu Savannah, 18 tahun dan Seth, 13 tahun.

Clarkson memberitahu yang dirinya tidak mahu bercerita lanjut berkenaan soal penceraian kepada Blackstock dan anak-anaknya.

“Saya adalah seorang ibu dan saya sangat cinta kepada anak-anak saya. Mereka menjadi keutamaan dalam diri saya.

“Saya biasanya sangat terbuka untuk bercakap tentang apa sahaja. Tetapi dalam hal ini, saya menganggap ianya terlalu peribadi untuk diceritakan,” ujarnya.

Menerusi penceraian itu juga, Clarksin meminta hak penjagaan untuk kesemua empat orang anaknya. -SM

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button