Politik

Nasihat Musa Hassan kepada penjawat awam dalam tulisan Jawi

WAKIL rakyat dan kakitangan awam perlu meningkatkan kemahiran komunikasi antara personal dengan masyarakat.

Itulah nasihat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menyeru supaya wakil rakyat dan penjawat awam pelajari kemahiran komunikasi.

Menerusi ciapan Twitternya yang ditulis dalam tulisan Jawi, beliau memberitahu pertikaian dan masalah akan berlarutan sekiranya mereka tidak berubah.

“Wakil rakyat dan penjawat awam perlu mempunyai kemahiran antara personal dalam berkomunikasi dengan rakyat bagi menyelesaikan masalah rakyat.

“Jika tidak ia akan mewujudkan pertikaian dengan masyarakat yang tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

Bagaimanapun berdasarkan situasi semasa, adalah tidak wajar sekiranya nasihat itu tidak diendahkan.

Pelbagai isu bangkit berkaitan perihal sikap Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri apabila hubungan dengan rakyat dilihat semakin menjauh.

Insiden yang berlaku seperti isyarat mengejek yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr. Tan Yee Kew terhadap peniaga di Danau Kota.

Hal sedemikian sememangnya mengecewakan rakyat yang sebelum ini menaruh harapan nasibnya untuk dibela kepada wakil rakyat dipilih ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button