fbpx
BeritaNasionalPolitik

PH ‘bijak’ rakyat susah..

SETIAP pagi terutama pada hari-hari bekerja, pengguna jalan raya di sekitar Klang menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur pasti mengeluh.

Ini kerana mereka tidak dapat mengelak daripada menempuh kesesakan lalu lintas yang dianggap sangat meruncing di sepanjang laluan tersebut.

Disebabkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) turut berada pada laluan tersebut, keadaan itu juga sangat menyukarkan mereka  yang mahu mendapatkan rawatan segera ataupun mempunyai temu janji dengan doktor.

Justeru, langkah kerajaan terdahulu melaksanakan projek LRT3 dan dilancarkan pada 2016, dilihat sebagai sesuatu yang wajar.

Walaupun menyedari projek itu akan menambah lagi kesesakan sedia ada, namun penduduk dan pengguna jalan raya tiada pilihan lain. Mereka bersedia melaluinya untuk tempoh lima tahun.


Malangnya, jadual projek LRT3 yang sepatutnya siap pada 2020 (tahun ini), tidak menjadi realiti.

Jadualnya berubah seiring dengan perubahan kerajaan. Jika kerajaan sebelum ini menyasarkan tahun 2020, kerajaan baharu menetapkan 2024.

Tentunya perubahan tarikh itu sesuatu yang tidak menggembirakan penduduk dan pengguna jalan raya terbabit. Penangguhan jadual bermakna mereka perlu berdepan dengan situasi kesesakan itu lebih lama – kira-kira empat tahun lagi!

Bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mempersoalkan langkah-langkah yang diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu.

‘Kebijaksanaan’ PH dakwanya, hanya menyebabkan dua juta penduduk Lembah Klang disusahkan oleh kesesakan trafik dan jalan berlubang yang terpaksa ditempuh setiap hari.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Tahun ini ialah tahun 2020.

Sepatutnya, LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibuka dalam masa beberapa bulan lagi.

Tapi kerana PH menang PRU14, LRT3 ini ditangguhkan dari tahun ini ke tahun 2024.

Lebuh Raya Persekutuan dari Kuala Lumpur ke Klang sering mengalami kesesakan trafik walaupun Tol Sungai Rasau, Klang dan Tol Batu Tiga telah dimansuhkan masa saya PM.

Sebab itu, projek LRT3 yang panjangnya 37 kilometer dengan 25 stesen amat diperlukan.

Masa kerajaan BN dahulu, kita janji untuk bina sambungan LRT1 dan LRT2 yang panjangnya 35 kilometer dengan 24 stesen baharu.

Kita janji ia akan dilancarkan pada tahun 2016.

Akhirnya, projek sambungan LRT1 dan LRT2 berjaya disiapkan – tepat pada masanya dan dengan bajetnya.

Tiada seorangpun mendakwa bajet lari atau projek terlewat.

Kita juga janji untuk membina projek MRT1 SBK yang panjangnya 51 kilometer dengan 31 stesen baharu dengan kos RM23 bilion.

Kita janji MRT1 akan siap pada tahun 2017.

Dan akhirnya juga, MRT1 berjaya memulakan operasi pada tahun 2017 – tepat pada masa dan di bawah bajet.

Sekali lagi, tiada seorangpun mendakwa bajet MRT1 lari atau projek telah terlewat.

Pada tahun 2015 pula, BN janji akan siapkan projek LRT3 Bandar Utama ke Klang pada tahun 2020 dengan bajet RM9 bilion.

Pembinaan projek LRT3 pun bermula pada pertengahan tahun 2016 dengan sasaran untuk dilancarkan pada tahun 2020 ini.

Malangnya selepas BN kalah PRU-14, Guan Eng (Menteri Kewangan Lim Guan Eng) mengambil alih projek tersebut.

Tanpa sebarang bukti, Guan Eng tuduh kos sebenar projek LRT3 adalah RM31 bilion – bukan RM9 bilion seperti diumum BN.

Dengan alasan itu, dia kata dia akan tambah baik projek LRT3.

Lalu lima stesen dimansuhkan, terowong dua kilometer serta stesen bawah tanah dihapuskan, jumlah tren dipotong dari 42 set dengan enam koc menjadi 22 set dengan tiga koc dan saiz stesen-stesen serta depoh dikurangkan.

Paling pelik ialah selepas dia ‘tambah baik’ projek, kos projek LRT3 naik ke RM16.3 bilion berbanding kos RM9 bilion masa BN.

Lagi dashyat ialah selepas ‘penambahan baik’ PH , tarikh LRT3 untuk siap ditangguhkan empat tahun lagi kepada tahun 2024 – iaitu selepas penggal PH tamat.

PH memang bijak.

Oleh kerana mereka terlalu bijak, maka rakyat tak merasa LRT3 tahun ini.

Dua juta penduduk Lembah Klang disusahkan oleh kesesakan trafik dan jalan berlubang tiap-tiap hari akibat ‘kebijaksanaan’ PH.

Show More

Related Articles

Back to top button