Politik

Nak sabotaj program orang, otak bagilah sambung sikit wayar betul-betul

NIAT disusuli dengan tindakan mahu mensabotaj program forum Perikatan Nasional (PN) di Muar pada hari Khamis, malam Jumaat, baru-baru ini oleh individu yang menyamar sebagai pemerhati dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah satu tindakan yang amat tidak cerdik.

INDIVIDU yang dikenali sebagai Abbas BN mempamerkan tanda nama pegawai SPR wanita, Halina.

Individu berkenaan yang dikenali sebagai Abbas BN bukan sahaja memburukkan nama parti tetapi juga memperkenalkan diri sebagai pegawai SPR dengan kad penguatkuasa wanita, itu memang satu perbuatan dan kesalahan yang serius.

Dalam senario sekarang, semolek-moleknya calon-calon dan parti-parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tentunya tidak mahu mengundang masalah.

Rakyat Johor mahu melihat calon-calon dan parti yang diwakili pada PRN Johor ini, berpolitik secara matang, bukan kebudak-budakan atau menggunakan modus operandi yang sudah lapuk lagi basi.

Oleh itu, apabila menjalankan aktiviti berkempen dan berceramah atau pun menyantuni para pengundi di kawasan Dewan Undang Negeri (DUN) biarlah dilakukan dengan berhemah, berintegriti, bersih dan tidak mencemarinya dengan tindakan seperti yang dilakukan oleh individu yang bernama Abbas BN.

Kebodohan yang dipaparkan oleh individu Abbas BN ini terserlah apabila dia memiliki kad penguatkuasa kempen pilihan raya milik seorang wanita bernama Halina sedangkan jantinanya, lelaki.

Maka itulah, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyampaikan kata-kata kepada kawan-kawan di sebelah sana, kalau betul nak sabotaj program orang lain, otak bagilah sambung sikit wayar betul-betul.

Pedas kata-kata Wan Saiful tetapi benar dan kata beliau lagi, “jangan datang ke program kita dengan niat tak baik tapi kad kuasa dia terlupa bahawa jantina dia lelaki sebenarnya.”

Untuk rekod, situasi itu berlaku ketika Wan Saiful sedang mempengerusikan majlis Forum Perikatan Nasional (PN) di sebuah restoran di Parit Keroma Laut.

Hadir sama pada majlis forum tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ustaz Idris Ahmad bersama calon PN DUN Maharani, Abdul Azzi Talib.

Kata Wan Saiful, “ada juga dua tiga orang perasan, kenapa saya tengok kiri dan kanan. Sebabnya, saya nampak dua tiga orang masuk, tercari-cari sana sini, macam nak buat kacau.

“Tapi pakai baju penguatkuasa. Apabila saya nampak di belakang itu, saya meminta pegawai bertugas memantau kumpulan tersebut.

“Kumpulan itu memberitahu, mereka mewakili SPR, mengarahkan supaya majlis forum dihentikan serta merta.

“Apabila diperiksa oleh pegawai jawatankuasa majlis, rupa-rupanya yang datang itu, kad kuasanya bernama Halina tetapi dia lelaki. Guna kad kuasa perempuan.”

Wan Saiful berkata, “ itulah yang mereka lakukan. Sebenarnya mereka bimbang dengan kebangkitan rakyat Johor.

‘Mereka bimbang program yang kita buat mendapat sambutan baik dan sambutan ini diterjemahkan kepada undi PN pada 12 Mac nanti.”

Kumpulan yang cuba mensabotaj forum PN dilihat memakai topi berlabel PP-KPR yang bermaksud pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya.

Namun identiti salah seorang individu itu terbongkar apabila dia menggunakan tanda nama SPR milik seorang wanita bernama Halina manakala yang lain-lain, masing-masing mempunyai tanda nama sendiri.

Satu laporan polis telah dibuat terhadap individu yang dikenali sebagai Abbas BN. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button