Nasional

Lebih 15 juta populasi dewasa terima dos penggalak

SEBANYAK 15,017,166 individu dewasa atau 63.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,927,624 atau 97.4 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,204,433 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,026,732 individu atau 28.9 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Sementara itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, 2,831,197 individu atau 91 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,931,709 atau 94.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 57,106 dos vaksin diberikan meliputi 24,342 dos pertama, 882 dos kedua dan 31,882 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,731,132.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 55 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Kedah merekodkan angka tertinggi iaitu 12 kes.

Ia diikuti Pulau Pinang dengan lapan kes, Johor (7), Terengganu (6), Kelantan (5), masing-masing empat kes di Perak dan Selangor, dua kes masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis serta satu kes direkodkan masing-masing di Pahang, Sabah dan Sarawak. – SM

 

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button