NasionalPolitik

Najib tanya PH: Apa dah jadi?

PAKATAN Harapan (PH) terus dilihat gagal berperanan sebagai kerajaan yang mempunyai integriti dan kredibiliti apabila terpaksa ‘membisu’ terhadap banyak perkara yang dibangkitkan sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika dahulu PH sering menuduh Barisan Nasional (BN) banyak melakukan kesalahan, kini selepas 19 bulan memerintah, tuduhan tersebut sehingga sekarang masih belum dapat dibuktikan.

Berikut adalah kenyataan penuh Najib seperti yang disiarkan dalam akaun Facebook beliau:

Sebelum PRU14, PH sering tuduh BN salah ini salah itu.

Skandal ini, skandal itu.

Tuntut kerajaan BN buat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hampir tiap-tiap minggu.

Siap dimasukkan sebagai satu dari 10 janji 100 hari pertama bahawa bila mereka menang, mereka akan buat RCI untuk 1MDB, Mara, FELDA, Tabung Haji dan sebagainya.

Namun selepas 19 bulan PH memerintah:

Jumlah RCI yang telah di buat: 0 (sifar)
Jumlah RCI yang dirancang untuk buat: 0 (sifar)

Bila BN berulang-kali tuntut balik PH tunaikan janji manifesto dan buat RCI, mereka membisu pula.

Tidak seorang dari PH pun berani jawab.

Tetapi PH masih ada hati untuk tuduh BN ini dan itu walaupun mereka tidak berani buat satu RCI pun.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button