BeritaPendidikan

UniMAP jalin kerjasama strategik dengan kerajaan UAE

Sejajar dengan perkembangan teknologi ‘Blockchain’ yang terus berkembang pesat dengan kecanggihan Kepintaran Buatan (AI), maka Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah merangka satu persetujuan bersama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Wollongong University Dubai dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengadakan satu kerjasama dengan rakan strategik dari Ministry of Infrastructure and Development (MOID) UAE.

Demikian kata Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad menurut siaran media UniMAP selepas mengadakan lawatan ke Georgia’s Innovation & Technology Agency yang beroperasi di Tiblisi, Georgia baru-baru ini.

Badlishah sangat yakin dengan masa depan ‘Blockchain’ ini dan beliau sendiri telah berjaya melaksanakan teknologi ini di UnisZA ketika dipinjamkan ke sana sebagai Timbalan Naib Canselor sebelum ini untuk transkrip sijil pada konvokesyen baru-baru ini dengan ciri yang tidak boleh diubah dan ditiru, boleh disimpan sepanjang masa di dalam data tanpa talian dan pada masa yang sama dijamin privasinya.

Melalui rakan kerjasama di MOID UAE, Jurutera Kanan Elektrik, Younis Aljewari, telah membuka peluang kepada pihak UniMAP dan UniSZA untuk memperkenalkan teknologi ini untuk kegunaan pihak kerajaan UAE. Disamping itu, persetujuan bersama telah dicapai untuk diadakan satu perbincangan lanjut bersama pengurusan University of Wollongong Dubai melalui salah seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Infomasinya iaitu Prof Dr Mohd Fareq Malek.

Pertemuan tersebut yang diadakan di Dubai ketika mengadakan lawatan sebelum tiba di Tbilisi itu diyakini dapat menterjemahkan satu usaha sama yang baik di masa hadapan bagi kedua-dua pihak baik dari Malaysia mahupun UAE.

Sebagai makluman, Naib Canselor UniMAP berkenaan berada di Tiblisi selama dua hari bagi mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP dalam rangka lawatan ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 UniMAP di Georgia dan UAE. Beliau dan delegasi mendapat taklimat di agensi yang bernaung di bawah Kementerian Ekonomi dan Pembangunan Lestari negara Georgia itu yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusinya, Mariam Lakshi.

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button