Nasional

Najib tamatkan khidmat Shafee untuk kes SRC, diganti dengan Zaid Ibrahim

BEKAS Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak menamatkan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada Tetuan Shafee & Co daripada mewakili dalam rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan oleh Najib melalui sepucuk surat kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.

Memetik Free Malaysia Today, sebagai ganti Najib telah melantik pasukan pembelaan baharu yang diketuai bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim untuk mewakilinya dalam rayuan SRC International di Mahkamah Persekutuan.

Dalam surat kepada Mahkamah Persekutuan, bekas peguamnya dari Shafee & Co memaklumkan mahkamah bahawa Najib telah membebaskan mereka.

“Perayu ingin memaklumkan bahawa beliau telah melantik Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners sebagai peguam cara,” kata Shafee & Co.

Rayuan akhir SRC International dijadualkan didengar di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari dari 15 hingga 26 Ogos.

Peguam Shafee Abdullah sebelum ini mengetuai pasukan peguam yang membela Najib dalam kes SRC International.

Pada 2020, Najib disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berhubung RM42 juta milik SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun banknya.

(Visited 539 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button