SUARA MERDEKA: Eh? Pengundi Tg Piai dihujani pembohongan, berita palsu dan kebencian? Dalam hantaran Datuk Seri Najib Tun Razak ke Facebook peribadinya sebentar tadi.
“Maksudnya Guan Eng dan Kit Siang dah mula buka mulut untuk berceramah di Tanjung Piai lah tu..
“Mana pendrive? Mana bukti saya pembunuh Teo Beng Hockm Hussain Najadi, PI Bala dan Altantuya? Mana bukti saya masuk RM2.6b dan tidak dipulangkan? Mana bukti kapal selam tak boleh selam? Mana bukti 40,000 pengundi hantu? Mana bukti hutang RM32b 1MDB boleh mufliskan negara tetapi pinjam RM120b masa PH tak mufliskan negara?” katanya.
Najib juga persoalkan tentang janji mansuhkan tol dan pelbagai janji lain dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya lalu yang belum ditunaikan.
“Mana tol-free PLUS dan Jambatan Pulau Pinang? Mana bukti PAS dan UMNO adalah Taliban sedangkan BN mencalonkan orang MCA? Bila Lynas akan meletop dan Melayu, Cina dan India menjadi mutant?” katanya.
Isu mata Najib yang bengkak turut memanaskan kempen di Tanjung Piai. Walaupun beliau bukan lagi presiden parti, tetapi kehadiran Najib mendapat sambutan yang luar biasa.
Sehingga Najib menunjukkan surat MC yang membenarkan dia daripada tidak hadir di mahkamah bagi perbicaraan kesnya.