Najib label kerajaan PH sebagai Gagalcracy
DALAM hantaran ke Facebook malam ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menyenaraikan antara pencapaian-pencapaian yang diusahakan dalam zaman kerajaan Gagalcracy (9 Mei 2018 – 24 Feb 2020) termasuk kekalahan paling teruk dalam sejarah oleh parti pemerintah dalam mana-mana pilihan raya.
Rekod cemerlang, gemilang dan terbilang ini dipecah oleh PH di PRK Tanjung Piai pada bulan November lalu.
Selain kalah dalam 127 dari 128 saluran undi, PH hanya berjaya mendapat 26.4% undi yang diberi.
Peratusan undi popular ini adalah paling rendah dalam sejarah Malaysia dan jauh di bawah purata 56.25% untuk parti pemerintah.
Pencapaian-pencapaian lain pada zaman Gagalcracy ini termasuk:
– kerajaan pertama dalam Malaysia yang jatuhkan sendiri. Lepas itu salahkan hampir semua pihak kecuali sendiri.
– Pasaran saham paling corot dalam dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak 9 tahun lalu.
– Petronas diturun penarafan oleh Moody’s buat kali pertama dalam sejarah.
– keselamatan penerbangan Malaysia diturun taraf oleh Amerika Syarikat buat kali pertama dalam sejarah dan kini sama taraf dengan Bangladesh, Curaçao, Costa Rica dan Ghana.
– Ekonomi paling lembab sejak 10 tahun lalu.
– Dividen LTAT paling rendah dalam sejarah
– Dividen KWSP paling rendah sejak 11 tahun lalu
– Dividen ASB paling rendah dalam sejarah
– Hibah Tabung Haji paling rendah dalam sejarah
– penurunan nilai aset bersih Khazanah sebanyak RM25 bilion iaitu paling besar dalam sejarah.
– Jualan aset negara secara lambak
– Hutang negara naik RM120b sejak tahun 2017.
– Nilai Ringgit USD1=RM4.22, turun 39 sen sejak PRU14
– RM84 bilion dijarah dari rizab tunai Petronas
– Cukai gula, cukai petak, levi pelepasan, cukai digital diperkenalkan
– Cukai taksiran, Cukai RPGT dinaikkan
– Caj Pos, klinik swasta, air, elektrik gas komersial, harga simen, harga kereta dinaikkan
– Tol PLUS dilanjut 20 tahun walaupun dijanji mansuh
– Bantuan kerajaan dikurangkan dan dimansuhkan
– Jawatan berpencen baru penjawat awam dimansuhkan.
Sebab itu, PH amat takut jika parlimen dibubar dan PRU15 berlaku sekarang.