MahkamahPolitik

Naib presiden Warisan dijangka dituduh di mahkamah hari ini

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Peter Anthony dijangka dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Peter yang memaklumkan pertuduhan mungkin berhubung pengubahan wang haram melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) antara 2012 dan 2013.

“Esok saya akan berada di mahkamah dan saya tidak ada masalah dengan perkara (tuduhan) itu,” katanya kepada pemberita pada hari kedua hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Terdahulu Peter tiba di pejabat SPRM Sabah pada 2.45 petang dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button