Luar Negara

Naib Presiden Amerika tiba di Singapura

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris tiba di Singapura pagi ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishan sebentar tadi. Ini adalah lawatan pertama Kamala ke Asia.

Lawatan itu bertujuan “mengeratkan hubungan dan memperluas kerjasama ekonomi dengan dua rakan kongsi penting Indo-Pasifik AS,” kata Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik jurucakap, Symone Sanders dalam satu kenyataan sebelum ini.
Sanders berkata, Washington “mengutamakan untuk membina semula perkongsian global dan memelihara keselamatan negara kita, dan lawatan itu akan memperkukuh lagi usaha itu dan penglibatan kita di Asia Tenggara.”
Sempena lawatan itu, Naib Presiden dijangka bertemu pemimpin kedua-dua negara untuk berbincang mengenai isu kepentingan bersama antara lain mengenai keamanan serantau, tindak balas global terhadap pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.
Media republik itu sebelum ini melaporkan kehadiran Kamala susulan lawatan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin ke Singapura, Vietnam dan Filipina bulan lalu.
Selain Singapura, Kamala dilaporkan akan ke Vietnam sejurus kunjungan itu selesai.-SM
(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button