Sukan

Nahas di litar Sepanyol: Marc Marquez jalani pembedahan

PELUMBA MotoGP, Marc Marquez akan menjalani pembedahan di lengan kanannya yang patah selepas terbabit dalam nahas di litar Sepanyol semalam, lapor agensi berita Anadolu.

Insiden yang menimpa dirinya diciap dalam Twitter beliau:

“Kadang-kadang perkara berlaku tidak seperti yang anda harapkan tetapi yang paling penting, perlu bangkit dan terus maju.

“Sekarang saya akan menjalani pembedahan. Saya berjanji kepada anda semua, saya akan kembali secepat mungkin dengan lebih bertenaga,” kata pelumba Sepanyol itu di Twitter.

Juara dunia itu jatuh ketika di pusingan 22 dan terpaksa menamatkan perlumbaan, berbaki empat pusingan lagi.

Sementara itu, kata-kata semangat turut dizahirkan kepada Marquez.

“Semoga kita akan menyaksikan Marc Marquez kembali beraksi di Gran Premio Red Bull de Andalusia pada 24 Julai, Jumaat nanti, ” catat MotoGP di laman webnya. – SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button