Nasional

Muhyiddin Yassin telah mendapat mandat rakyat

APABILA Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan Perak dengan mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Barisan Nasional (BN), adakah itu mandat Rakyat?

Apabila Warisan mencuri tiga ADUN BN untuk membentuk kerajaan di Sabah, adakah itu mandat rakyat?

Mandat erti kata lain bagi Anwar, Mahathir serta Lim Kit Siang adalah sekira ia berpihak kepada mereka.

Razlan Rafii

Apabila PH mencuri ADUN di Perak dan Sabah, ia bukan mengkhianati mandat rakyat? Jesteru itu apakah yang boleh kita gelar perbuatan mencuri ADUN ini dalam kamus PH?

Apabila pemimpin DAP mendesak Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, adakah itu tugasan yang rakyat harapkan?

Apabila PKR bergaduh, team Anwar dan team Azmin sehingga cerita dalam kelambu mereka terbuka, adakah itu tugasan yang diberikan atas mandat rakyat?

Apabila Tan Sri Muhyddin membela Tun Mahathir keatas serangan rakus kuasa DAP dan PKR, adakah itu salah Muhyddin dan sekutunya?

Semua persoalan ini sudah diketahui rakyat jelata.

Hari ini, rakyat selesa dengan Kerajaan Perikatan Nasional. Tidak ada lagi penghinaan terhadap rakyat, tidak lagi rakyat dikatakan Melayu Malas.

Tidak ada perkataan rakyat asyik mahukan bantuan, tidak ada penghinaan terhadap nelayan, petani dan pekebun. Anak-anak yang memerlukan biasiswa, tidak lagi dihina.

Penjawat awam tidak akan disalahkan kerana kebodohan Pemimpin PH. Mereka tidak akan ditakutkan lagi untuk dibuang kerja atau di kurangkan gaji, teringat juga peristiwa angota Perubatan di buang alaun kritikal, PH mengatakan mereka ini tidak diperlukan dan ada terkeluar dari mulut kroni PH, penjawat awam makan tidur.

Tan Sri Muhyddin telah menubuhkan kerajaan dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen mengikut parti.

Dan ini adalah kebijaksanaan DYMM YDP Agong untuk meleraikan konflik penubuhan kerajaan setelah Tun Mahathir meletak jawatan, dan ini mandat rakyat.

Sudah-sudahlah Tun Mahathir mahu menipu Anwar lagi. Sekiranya Tun Mahathir mahu memberi kuasa pada Anwar, ia sudah tertunai setahun yang lalu.

Anwar sememangnya tidak layak kerana terus dibiarkan diri dan parti ditipu berkali-kali oleh orang yang sama.

Nasihat saya, biarlah rakyat merasa selesa sedikit dan beri ruang kepada rakyat menjalani kehidupan mereka dengan aman tanpa gangguan drama politik.

Datuk Razlan Rafii , Ahli Majlis Tertinggi UMNO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button