Belang Bertempat

Muhyiddin ahli politik otai sangat berbisa

KETIKA dirawat di hospital kerana keracunan makanan pun Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berjaya tutaskan satu misi iaitu untuk meredakan ketegangan politik tanah air.

Beliau bergegas ke Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan rombakan kabinet akan dilakukan.

Ketika gerakan itu dikesan media, Pejabat Perdana Menteri segera mengeluarkan kenyataan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai menteri kanan.

Keputusan pantas itu mengelakkan daripada pelbagai spekulasi dan pada yang sama menyebabkan langkah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terkunci.

Walaupun Zahid mengumumkan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan dan ia memang telah dijangka, beliau tidak boleh menghalang ahli-ahli parlimen menyokong atau membantah sebarang usul di dewan yang akan bersidang pada 26 Julai ini.

Setakat pengumuman Zahid tengah malam tadi, sehingga saat ini tidak ada menteri kabinet dari UMNO yang mengumumkan meletakkan jawatan, termasuk timbalan menteri dan pengerusi GLC.

Ini bermakna pengumuman Zahid yang cuba menggambarkan kerajaan hari ini telah tumbang, tetapi tidak berlaku.

Bahkan ada ahli MT mendakwa Zahid bercakap separuh benar kerana tidak mengumumkan bahawa semua ahli parlimen UMNO bebas untuk menyokong kerajaan atau tidak.

Ini adalah hasil gerakan yang dimainkan Muhyiddin beberapa minggu ini bagi memastikan kerajaan tidak terjejas walaupun Zahid dan segelintir pemimpin UMNO yang berada di bawah telunjuknya bertindak.

Sebenarnya Muhyiddin seorang ahli politik yang kelihatan seperti mudah dijangka langkahnya, tetapi sentiasa tampil dengan sesuatu yang mengejutkan.

Sebelum ini beliau menyebabkan Zahid mati langkah apabila berjaya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan darurat ketika UMNO menggerakkan momentum untuk menekan ahli parlimennya menarik sokongan kepada kerajaan.

Proklamasi darurat menyebabkan kerajaan tidak akan tumbang walaupun ahli parlimen menarik balik sokongan.

Percayalah Muhyiddin pasti mempunyai seribu satu langkah lagi untuk memastikan kerajaan yang ada hari ini kekal sehingga selesai memerangi wabak pandemik Covid-19.

Muhyiddin sendiri telah berjanji bila tiba waktu yang sesuai itu beliau akan mengadakan pilihan raya bagi memilih kerajaan baharu.

Dakwaan bahawa kerajaan gagal menangani wabak berkenaan adalah tidak benar, kerana di seluruh dunia masalah yang sama membelenggu.

Kerajaan telah menggerakkan Pelan Pemulihan Negara yang akan menjadi jalan keluar daripada kemelut ini dan rakyat telah faham serta jelas dengan inisiatif berkenaan.

Bantuan ratusan bilion juga disampai secara langsung dan tidak secara langsung kepada rakyat, membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menyantuni kehidupan rakyat.

Pelan pemulihan negara bukan sahaja melakarkan dengan jelas pergerakan ke hadapan perang menentang wabak, bahkan arah tuju dan matlamat untuk pemulihan ekonomi serta kestabilan politik negara telah digariskan dengan terang.

Pada masa yang sama langkah bagi Zahid juga semakin terhad dan jika tidak berhati-hati akhirnya beliau akan jatuh kerana tersandung kaki sendiri.

 

(Visited 923 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button