Luar Negara

MOU pembantu rumah warga Indonesia akan ditandatangani pada 7 Feb

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan memorandum persefahaman (MoU) mengenai pengambilan dan penempatan pembantu rumah Indonesia akan dimuktamadkan dalam lawatan kerja menteri sumber manusia M Saravanan ke Jakarta pada Isnin.

Menteri itu dijadual bertemu menteri tenaga kerja Indonesia Ida Fauziyah untuk memuktamadkan butiran supaya MoU itu boleh ditandatangani pada 7 dan 8 Feb di Bali.

“Ini juga selaras dengan keputusan mesyuarat Kabinet pada 12 Jan untuk lawatan yang akan dibuat bagi menyelesaikan isu berkaitan MoU itu.

“Isu utama berkaitan MoU iaitu satu-pembantu rumah-satu-tugas (untuk rumah tangga), sistem satu saluran dan gaji, telah dipersetujui melalui beberapa siri rundingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata MoU sebelum ini ditandatangani oleh menteri sumber manusia pada 2006 di Bali manakala protokol untuk meminda MoU itu ditandatangani di Bandung pada 2011.

“Pertemuan saya dengan Ida Fauziyah juga akan dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, yang akan melakukan beberapa siri lawatan kerja ke Indonesia dalam tempoh yang sama,” katanya.

 

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button