Nasionalpilihan

MOTAC raikan Komuniti Kraf tempatan

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia menganjurkan Majlis Apresiasi  Komuniti Kraf yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam majlis ini, Timbalan Menteri telah menyampaikan pelantikan Craft Champion 2023. Craft Champion merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia yang diwujudkan bagi mengangkat usahawan kraf yang berjaya menggerak dan memajukan komuniti kraf setempat ke tahap yang lebih tinggi menerusi aspek pembangunan produk, pembangunan kemahiran komuniti serta pemasaran secara fizikal dan digital.

Turut disampaikan juga sijil penghargaan di bawah projek Kraf Komuniti Ku (KKK) kepada 14 orang penerima serta seorang penerima Anugerah Penghargaan Khas iaitu daripada syarikat PDK Wakaf Tapai Interprise kerana menjadi penggerak kepada komuniti orang kurang upaya (OKU) dalam industri kraf.

Majlis ini merupakan julung kali diadakan bagi menghargai penglibatan dan sumbangan komuniti kraf khususnya di bawah Projek Kraf Komuniti Ku.

“Kepada semua usahawan dan komuniti kraf, syabas dan tahniah atas komitmen menjayakan Projek KKK di kawasan masing-masing. Semoga projek KKK akan melonjakkan lagi industri kraf tempatan” kata Khairul Firdaus.

Artikel berkaitan > HKK 2023 sasar nilai jualan RM16 juta

 

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button