Nasional

Mohon MKN benarkan pelajar pulang ke pangkuan ibu bapa

PIHAK Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta membenarkan para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang masih berada dalam kampung pulang ke pangkuan ibu bapa masing.

Ini ekoran situasi wabak Covid-19 di negara ini masih tidak menentu dan tidak dapat dipastikan bila ia akan dapat diatasi 100 peratus.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin dalam ucapannya petang tadi memberi gambaran kemungkinan negara akan berhadapan dengan situasi ini untuk tempoh yang lebih lama.

Oleh itu Muhyiddin meminta rakyat mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama.

“Jika ini gambaran awal yang diumumkan oleh Perdana Menteri tadi, saya minta agar pihak Majlis Keselamatan Negara membenarkan mahasiswa mahasiswi yang ada di asrama masing masing pulang ke pangkuan keluarga mereka.

“Saya yakin pihak MKN mempunyai cara dan kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan masaalah ini.

“Saya faham dan sedar cadangan ini mengambil satu risiko besar dalam kita mencegah penularan wabak Covid-19.

“Tetapi kita juga mesti peka dengan tahap kehidupan pelajar yang terkandas di asrama masing- masing yang boleh menyebabkan mental mereka calar.

“Ini juga boleh mengundang risiko lebih besar pada tahap mentaltiti pelajar yang ada seperti kemurungan dan stress,” kata Wan Muhamaad Azri dalam satu kenyataan.

BACA

Perdana Menteri, hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung dua minggu lagi sehingga 28 April.

Menurut Perdana Menteri,  walaupun trend semakin positif tetapi rantaian penularan wabak COVID-19 belum dapat dihentikan sepenuhnya.

Berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dapat membantu para petugas kesihatan mengawal penularan COVID-19 ke satu tahap yang agak stabil.

Sehubungan itu Wan Muhammad Azri memohon Kementerian Pengajian Tinggi membawa cadangan ini kepada pihak Majlis Keselamatan Negara.

Katanya, ibu Bapa pelajar sudah pastinya akan sentiasa patuh pada arahan yang dikeluarkan MKN.

“Kepada semua mahasiswa mahasiswi seluruh Malaysia, moga terus bertabah dan kuatkan mental anda semua menghadapi cabaran yang ada hari ini dan seterusnya untuk kita menang lawan covid-19 ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button