Mohamed Salah bintang bola sepak berpendapatan keempat tertinggi di dunia
MOHAMED Salah berada dalam senarai ke-34 atlet yang menerima bayaran paling mahal di dunia oleh Forbes, setelah bintang Liverpool itu mencatat pendapatan berjumlah AS$35.1 juta (RM146 juta) bagi tahun 2020.
Pemain yang menyarung jersi No. 11 dalam skuad Liverpool itu mencatat peningkatan pendapatan pada tahun ini, dengan bintang antarabangsa Mesir tersebut terus meraih populariti di luar padang.
Salah beraksi di peringkat elit bersama The Reds dan kini menduduki tempat ke-34 dalam ranking tahunan Forbes sebagai atlet yang menerima gaji tertinggi di dunia.
Dengan perolehan sebanyak AS$35.1 juta pada setakat 22 Mei 2020, Salah merupakan pemain bola sepak keempat yang memiliki pendapatan paling mahal dan hanya ketinggalan di belakang Cristiano Ronaldo [No. 2, AS$105 juta (RM437 juta)], Lionel Messi [No. 3, AS$104 juta (RM433 juta)] dan Neymar [No. 4, AS$95.5 juta (RM397 juta)].
Forbes turut mengambil kira gaji, ganjaran dan perjanjian iklan yang atlet itu tandatangani, dengan Salah melonjak dari kedudukan ke-99 pada tahun 2019 setelah meraih peningkatan pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM41 juta).
Gajinya berjumlah AS$23.1 juta (RM96 juta) menyumbang hampir dua pertiga daripada jumlah pendapatannya, di mana kontrak yang turut mengandungi insentif di Liverpool meningkatkan angka perolehannya melebihi pakej gaji mingguan sebanyak 200,000 pound (RM1.09 juta).
Pada ketika Liverpool yang terpaksa menyeimbangkan buku akaun dengan struktur gaji yang ketat, kelab itu akan tetap memberi ganjaran terhadap kejayaan merangkul trofi dan pencapaian individu menerusi gol dan bantuan yang dicipta Salah dalam perlawanan.
Selain itu, Salah turut memperoleh pendapatan sebanyak AS$12 juta (RM50 juta) menerusi perjanjian iklan bersama jenama seperti Adidas, Vodafone Mesir dan Pepsi, dengan statusnya sebagai salah seorang pemain handalan dunia berkembang dari tahun ke tahun.
Bagaimanapun, ekoran pandemik coronavirus yang melanda dunia pada ketika ini, menyaksikan pendapatan atlet mencatat penurunan sebanyak sembilan peratus dari tahun 2019 sehingga 2020, menerusi perolehan keseluruhan sebanyak AS$3.6 billion (RM15 billion) melibatkan 100 atlet.
Rodger Federer mengungguli carta tersebut setelah mengetepikan Ronaldo dan Messi menerusi jumlah pendapatan keseluruhan AS$106.3 juta (RM442 juta) – This Is Anfield – SM