BeritaPolitik

Mohamad Sabu mungkir janji lagi..

TINDAKAN Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menganugerahkan pangkat tentera kepada ahli politik menerima kecaman ramai termasuk daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut bekas Menteri Pertahanan itu, walaupun Mohamad pernah menentang tindakan pemberian pangkat kepada ahli politik, namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya.

“Tak sampai seminggu masuk tahun baharu, Menteri Pertahanan dah mungkir janji lagi?

“Sebelum ni, bukan main tegas lagi Mohamad Sabu kata tidak akan ada lagi pangkat tentera untuk orang politik. Habis, ini apa?

“Menteri Besar Negeri Sembilan bukan orang politik ke? Julai 2019 hari tu, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Melaka pun dipakaikan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat),” katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau.

Hishammuddin berkata, Mohamad seharusnya berpegang kepada janji yang dibuat sebelum ini.

“Sepatutnya, kalau betul tak nak bagi, berpeganglah kepada pendirian. Kenapa pula mesti ada pengecualian dan keistimewaan kepada orang yang berjawatan tertentu.

“Takkanlah hanya kerana orang-orang ini ialah penaung kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah, terus dibolehkan?” katanya.

Kenyataan Hishammuddin itu merujuk kepada beberapa keping gambar dan kapsyen dalam laman Facebook Menteri Pertahanan itu.

Ia menjelaskan telah berlangsung satu majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia.

Antara yang menerima tauliah kehormat ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab.Malik.

Selain itu, Penasihat  Ketenteraan Menteri Pertahanan, Norrul Azril Arifin turut dipakaikan pangkat Brigadier Jeneral.

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button