Politik

MN sudah menyeleweng, Hadi ajak semua sertai PN

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Muafakat Nasional (MN) sudah menyeleweng daripada matlamat asal dan meminta semua kumpulan kini bersatu bawah Perikatan Nasional (PN).
Pas katanya, mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.
Katanya, selain itu juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.
“Pas menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional yang asal.
“Matlamat untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Katanya, Pas menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.
Pas juga katantya, menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.
“Pas menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat.
“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa.
“Marilah sama-sama menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa.
“Pas bukanlah satu-satunya kumpulan Islam, namun PAS mempunyai kekuatan akar umbi dan kepimpinan yang mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS),” katanya. – SM
Pas ajak sem
(Visited 1,376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button