Misteri penyenaraian MR DIY di Indonesia
SYARIKAT peruncitan pembaikan rumah yang berpangkalan di Malaysia, MR DIY Group, sedang berusaha untuk mengumpul sehingga 4.71 trilion rupiah (RM1.32 bilion) dalam tawaran awam permulaan, menurut prospektus yang diterbitkan baru-baru ini.
Pada AS$297 juta, penyenaraian oleh Daya Intiguna Yasa akan menjadi IPO terbesar Indonesia dalam tempoh lebih setahun.
Daya Intiguna Yasa menawarkan 10 peratus daripada ekuitinya atau sehingga 2.52 bilion saham dalam julat 1.650 rupiah hingga 1.870 rupiah setiap satu, menurut prospektus itu.
Syarikat itu merancang untuk memperuntukkan 60 peratus daripada hasil IPO untuk membayar balik pinjaman bank, 30 peratus untuk melancarkan lebih banyak kedai, dan 10 peratus untuk modal kerja.
CIMB Niaga Sekuritas dan Mandiri Sekuritas adalah penaja jamin untuk IPO.
MR DIY memasuki pasaran Indonesia sejak 2017 dan telah membuka kedai di hampir semua wilayah, menurut laman webnya.
MR DIY kini mempunyai 800 kedai di seluruh Indonesia. Sepanjang lima tahun pertama beroperasi di Indonesia (2017-2022), MR DIY membuka 400 cawangan. Dalam dua tahun berikutnya (2022-2024), syarikat itu berkembang sebanyak 400 kedai dalam tempoh yang lebih singkat.
Sehingga 30 Jun 2024, MR DIY melaporkan pendapatan Rp3.2 trilion dan untung bersih Rp534 bilion, dengan kedudukan aliran tunai Rp361 bilion.
MR DIY didirikan oleh Tan Yu Yeh bersama saudaranya Tan Yu Wei. Keduanya masuk dalam daftar orang terkaya di dunia versi Forbes.
Dari sebuah kedai tunggal pada tahun 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur , MR. DIY telah berkembang menjadi nama memenuhi keperluan orang Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
Syarikat berkenaan bijak mengambil kesempatan peluang perniagaan di dalam bidang berkenaan yang biasanya tidak mesra pelanggan kerana ia lebih tertumpu kepada kontraktor ketimbang individu yang mahu menyelesaikan kerja secara sendiri.
Di Malaysia dan Brunei MR.DIY mempunyai lebih 1,300 kedai mencakupi tiga jenama — MR.DIY, MR.DOLLAR, dan MR.TOY. Di seluruh dunia dikatakan syarikat itu mempunyai lebih 4,000 kedai. Dengan sepuluh kategori — Perkakas, Peralatan Rumah Tangga, Peralatan Listrik, Perabotan, Aksesori Mobil, Alat Tulis & Olahraga, Mainan, Hadiah, Aksesori Komputer & Ponsel, dan Perhiasan & Kosmetik — di setiap kedainya, MR. DIY menawarkan sekitar 18,000 jenis produk dengan ‘Harga Selalu Murah’.
Di India MR DIY mempunyai lebih dari 218 kedai, manakala DIY Filipina telah melayani lebih dari 100 juta pelanggan dari tahun 2018 hingga 2023.