Ekonomi

Mirzan Mahathir disingkir jawatan Pengerusi SBI Offshore

Mirzan Tun Dr. Mahathir, disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi syarikat Singapura, SBI Offshore . Penyingkiran itu dilakukan oleh pemegang saham SBI Offshore di dalam undian mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, semalam.

Sebanyak 70.05 peratus undi sah menolak pelantikan semula beliau berbanding hanya 29.95% undi menyokong anak bekas perdana menteri Tu Dr. Mahathir Mohamad itu.

Menurut The Edge Singapore, Mirzan menjadi pemegang saham utama SBI Offshore pada September 2014 selepas mengambil alih 10.8 peratus kepentingan di dalam syarikat menerusi penempatan persendirian pada harga 26.05 sen sesaham.

Pada AGM semalam, seorang lagi pengarah syarikat, James Kho Chung Wah, telah dilantik semula. -SM

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close