Mira Filzah mengandung anak pertama
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara TV popular Mira Filzah disahkan hamil anak pertama.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar di akaun Instagram miliknya semalam.
Dalam catatan panjang lebar itu, Wan Emir turut mendedahkan isterinya yang berusia 29 tahun, yang nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, bakal memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.
“Alhamdulillah, tahun lalu kami menerima berita gembira yang kami akan menimang cahaya mata pertama. Insya-Allah, dia akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.
“Kepada semua yang mengharapkan dan mendoakan kami dari dulu hingga sekarang, kami dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih.
“Semoga Allah merahmati dan menjawab semua doa kita,” tulisnya.
“Kepada mereka yang mempunyai hasrat dan perancangan untuk membina keluarga, kami juga mempunyai pengalaman peribadi kami sendiri tentang suka dan duka sepanjang perjalanan kami setakat ini” katanya.
Tahun lalu, spekulasi bertiup kencang mengatakan artis berusia 29 tahun itu hamil tetapi pasangan itu tetap membisu mengenai perkara itu.