Politik

Minggu seribu babak politik

Minggu air mata bagi orang politik. Minggu bersedih bagi penyokong kepada calon yang tidak lagi tercalon.

Ada yang digugur, ada yang kekal. Ada yang menarik diri sejak awal awal lagi.

Yang gugur tentunya kecewa dan tak puas hati dan yang dipilih pasti seronok dan ketawa panjang juga senyumnya menyeringai.

Namun yang pasti,ada  yang merajuk sehingga bertindak memboikot jentera Pilihanraya kerana bos tidak disenaraikan.

Semua ini warna warni menjelang penamaan calon pada 5 November ini.

Itu “demam” dan cerita  biasa menjelang hari penamaan calon.

Presiden parti yang berkuasa menandatangani watikah untuk calon. Dia punyai kuasa  besar.

Kalau kita imbas kembali waktu kita jadi calon, penyokong kita Dan penyokong parti bekerja kuat tanpa memikirkan kenapa kita dipilih waktu itu.

Bila tiba giliran kita bekerja Untuk calon lain, kita tidak dapat menerima malah memboikot. Itulah sikap manusia hipokrit dalam parti.

Sedih kerana digugurkan ini sukar diterima walaupun kita sudah lama menjadi wakil rakyat. Pada kita,kita harus dicalonkan sehingga hujung nyawa. Ini biasa malah adegan ini dinanti pihak lawan untuk dijadikan modal kempen.

Bahan kempen juga PENTING kerana jika isu yang dibangkitkan basi dan tidak current, telinga tak sedap mendengarnya. Malah boring.

Kita lihat isu di Parlimen Gombak contohnya, bermati matian Azmin Ali menafikan dia seorang pengkhianat selepas meninggalkan PKR dan langkah Sheraton.

Azmin nampaknya sudah gagal memenangi hati rakyat Gombak. Menafikan sesuatu yang sudah jelas  amat susah buat Azmin.

Isu ini seolah dipandang sejuk oleh rakyat Gombak kerana mereka bijak menilai.

Calon yang melawan Azmin,Amirudin Shari tegap dalam mengatakan Azmin mengkhianati mandat rakyat pada PRU14 lalu.

Dia cuba mengheret Amirudin Shari kekancah polemik untuk membersihkan dirinya namun Amirudin sudah sedia berlawan hujah dengan fakta dan angka.

Rakyat sudah kenal dan makin tahu siapa sebenarnya pengkhianat yang mendurjanai mandat rakyat.

Pilihlah permata jangan silap memilih kaca kelak kecewa Lima tahun mendatang.

Datuk Dahlan Maamor
Pemerhati politik

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button