Bola SepakSukan

Mikel Arteta tiup semangat, Bellerin penyelamat

PENUH drama dan cemas. Terikat 2-2 begitu pahit buat penyokong Chelsea walaupun lawan mereka, Arsenal hanya beraksi dengan 10 pemain dalam Liga Perdana Inggeris.

Bagi pengendali Chelsea, Frank Lampard, keputusan itu sukar buatnya tetapi bagi pemerhati bola sepak kegagalan menjinakkan anak-anak buah Arteta mudah diterangkan.

Chelsea beraksi lebih sejam melayan 10 aksi pemain lawan. Mereka mendahului permainan dua kali tetapi akhirnya tidak mampu untuk mengekang keciciran mata di lamam sendiri.

Bagi mereka yang menonton perlawanan itu pastinya mudah untuk membuat kesimpulan aksi The Blues – kemarau kreativiti.

Permainan yang dipamerkan kesebelasan Chelsea masih belum cukup memukau – menunjukkan pasukan itu memerlukan barisan jentera serangan yang benar-benar berkesan, sesuatu yang perlu difikirkan oleh Lampard sebelum pintu perpindahan pemain ditutup.

Mendahului seawal babak ke-28 memerusi Filho Jorge Jorginho, keseronokan Chelsea tidak bertahan lama apabila aksi memukau Gabriel Martinelli yang berusia 18 tahun merobek keyakinan tuan rumah menerusi jaringan penyamaan dalam babak kedua perlawanan, minit ke-63.

Meskipun jaringan itu mengembalikan keyakinan Arteta, namun pengendali dari Sepanyol itu masih membimbangkannya.

Menyaksikan ragam Mustafi dan Davis Luiz di bek tengah hampir memusnahkan impiannya. Seharusnya tiada lagi gandingan kedua-duanya selepas ini.

Tindakan kurang cermat Mustafi menyebabkan Luiz dilayang kad merah. Pun begitu di sebalik tempang sebelah kaki, Arsenal mampu menyajikan permainan yang lebih baik.

Chelsea bangkit mendahului pada minit ke-84 menerusi Cesar Aspilicueta, namun keseronokan peminat Chelsea dicemari dengan gol penyamaan Hector Bellerin tiga minit kemudian.

Inilah karakter sebenar Arsenal walaupun masih baharu di bawah pengendali dari Sepanyol itu.

Martinelli, Bellerin dan Granit Xhaka adalah antara pemain yang perlu diberikan perhatian. Seri dengan Arsenal tidak bermakna penamat buat Chelsea kerana dalam diri Lampard, beliau masih yakin dengan kemampuan dan masa depan barisan muda Chelsea itu.

Kegagalan Chelsea meraih tiga mata menyaksikan pasukan itu terpaksa berpuas hati dengan 40 mata, enam mata dipisahkan dengan pasukan tagga kelima Man. United.

Jika Man. United berjaya mengatasi Burnley esok, maka jurang perbezaa mata hanya tiga mata. Chelsea akan menentang Leicester City pada awal Februari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button