Nasional

Kuota haji Malaysia tahun ini naik 1,400 orang

KUOTA rasmi haji untuk Malaysia dinaikkan kepada 31,600, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, kuota itu meningkat berbanding 30,200 sebelum ini.

“Kemudahan prapelepasan bagi jemaah haji Malaysia diteruskan untuk musim haji akan datang,” katanya.

Kuota haji rasmi negara-negara  dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation – OIC) atau OIC, termasuk Malaysia adalah berpandukan kepada Mesyuarat OIC pada tahun 1978 di Amman, Jordan.

Pihak Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara berkenaan berasaskan perangkaan Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button